Amaun subsidi petrol perlu munasabah - FOMCA
Iklan
SHAH ALAM - Amaun subsidi petrol RON95 yang akan diberikan kepada rakyat perlu mencukupi untuk mengimbangi kos perbelanjaan sekiranya rasionalisasi ke atas bahan api itu dilaksanakan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Saravanan Thambirajah berkata, perkara itu perlu diteliti agar tidak memberi kesan buruk kepada ekonomi rakyat Malaysia.