'Satu sen nampak kecil tapi besar bagi industri'
Iklan
SHAH ALAM - Walaupun hanya satu sen, namun penurunan kadar surcaj Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) bagi setiap kilowatt jam (kWj) memberi nilai penjimatan kos yang besar buat pengguna komersial dan industri.
Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kumpulan tersebut menggunakan tenaga elektrik dengan kadar yang tinggi untuk beroperasi.