England belum bersedia mahu pulang - Southgate

Iklan
Harry Kane (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang Slovakia. Foto EPA

PENGENDALI England, Gareth Southgate berkata pasukannya belum bersedia untuk pulang daripada Euro 2024 selepas gol lewat Jude Bellingham memastikan kebangkitan pasukan itu ketika menentang Slovakia.

England ketinggalan satu gol kepada Slovakia dan hampir tersingkir dari pusingan 16 terbaik yang memalukan di Gelsenkirchen apabila Bellingham menyelamatkan Southgate dan rakan sepasukannya dengan sepakan akrobatik pada penghujung perlawanan.

Iklan
Iklan

Harry Kane kemudiannya muncul dengan gol kemenangan pada masa tambahan untuk memberikan England yang beraksi hambar dengan kemenangan sukar.

"Ia adalah malam di mana saya tidak bersedia untuk pulang dan jelas pemain merasakan perkara yang sama," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Southgate turut memuji Kane dan Bellingham kerana meledak gol dan membantu pasukan memenangi perlawanan itu walaupun prestasi pemain itu dibayangi keletihan.

"Mereka adalah dua pemain yang boleh sepatutnya dikeluarkan ketika berbaki lima belas minit. Namun, mereka bangkit dari segi fizikal.

Iklan

"Tetapi itulah yang mereka mampu dan itulah sebabnya kami mengekalkan mereka dalam perlawanan," katanya.

England akan menentang Switzerland pada suku akhir di Duesseldorf hujung minggu depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!