Perhilitan Kelantan nafi harimau muncul di Tanah Merah

Iklan
Perhilitan Kelantan menafikan seekor harimau ditemukan berkeliaran oleh penduduk dekat sebuah loji di Tanah Merah seperti tular di laman sosial pada Ahad.

KOTA BHARU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menafikan seekor harimau ditemukan berkeliaran oleh penduduk, dekat sebuah loji di Tanah Merah seperti tular pada Ahad.

Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berkaitan perkara tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya harap orang ramai tidak memuat naik kandungan yang tidak sahih di laman sosial.

"Ini kerana kami tidak mahu masyarakat menjadi panik dengan berita tersebut," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Iklan

Terdahulu pada Ahad tular sekeping gambar di laman sosial yang menunjukkan kehadiran seekor harimau di loji Tanah Merah.

Situasi itu menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!