Calzona bangga aksi Slovakia

Iklan
Calzona. Foto EPA

PENGENDALI Slovakia, Francesco Calzona bangga dengan persembahan pasukannya walaupun tersingkir daripada Euro 2024 selepas tewas kepada England 1-2, awal pagi Isnin.

Pasukan bukan pilihan itu hanya beberapa saat daripada kemenangan mengejut di Gelsenkirchen apabila Jude Bellingham menyelamatkan England dengan sepakan akrobatik yang menakjubkan pada masa kecederaan.

Iklan
Iklan

Harry Kane kemudian berjaya meledak gol kemenangan melalui tandukan pada awal masa tambahan menutup harapan Slovakia untuk mara ke suku akhir.

"Memang bangga, kerana kami bermain hebat menentang pasukan yang merupakan salah satu pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan itu.

Iklan

"Pasukan saya mempamerkan aksi luar biasa di luar sana. Mereka hebat, memberi saingan kepada England dan hampir layak," katanya.

England akan menentang Switzerland pada suku akhir di Duesseldorf hujung minggu depan.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!