KUALA LUMPUR - Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran wang tunai RM5,000 kepada saksi atau individu bagi menyalurkan maklumat berhubung perbuatan kejam terhadap seekor kucing semalam.
Kenyataan di Facebook itu turut memuat naik beberapa gambar anak kucing yang cukup mengerikan.
Pelaku yang melakukan kekejaman itu tergamak memotong keempat-empat kaki dan mulut sehingga haiwan berkenaan mati.
Bangkai kucing malang itu ditemui berhampiran sebuah bengkel dan pihaknya merayu saksi kejadian yang mengetahui mengenai perkara itu supaya tampil hubungi Animal Malaysia untuk maklumat berkualiti dan lengkap.
"Animal Malaysia tawarkan ganjaran wang tunai RM5,000 untuk pemberi maklumat dan saksi yang tampil memberi maklumat lengkap hingga pelaku berjaya ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman di mahkamah," ujarnya.
Dalam pada itu, orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi aplikasi WhatsApp Animal Malaysia di talian +601120901097 dan kerahsiaan pengadu dijamin sepenuhnya.
Sementara itu, pencinta haiwan dan netizen mengecam tindakan individu yang tidak berperikemanusiaan kerana tergamak berbuat demikian keatas anak kucing itu.
Mereka juga berharap individu yang menyeksa kucing itu akan menerima pembalasan sewajarnya.
"Allahuakbar! Betapa kejamnya. Tergamak melakukan sebegini rupa? Tidak langsung ke berperikemanusiaan? Semoga pelaku dapat dikesan secepat mungkin." kata Alias.
"Astaghfirullah, Ya ALLAH kenapa manusia kejam." tulis Lia di Facebook.