Pencapaian luar biasa skuad bola baling

Iklan
Skuad bola baling negara mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul pingat emas di AUG Surabaya Malang 2024. Foto Sukan IPT

PENGENDALI skuad bola baling AUG Surabaya-Malang 2024 negara, Mohd Khairul Hafidzin Abdul Wahab menyifatkan kejayaan anak buahnya keluar sebagai pemenang emas pertama acara itu sebagai pencapaian menakjubkan pada edisi ke-21 tersebut.

"Alhamdulillah, anak buah saya berjaya kembali bangkit pada separuh masa kedua dan masa kecederaan biarpun ketinggalan separuh masa pertama.

Iklan
Iklan

"Anak buah saya agak sedikit gemuruh kerana ini merupakan pendedahan pertama mereka di pentas kompetitif antarabangsa.

"Tidak dinafikan beberapa kesilapan mudah dijelmakan anak buah saya yang majoritinya tahun pertama digandingkan, namun di sebalik itu saya terapkan mengenai sikap dan disiplin kepada mereka.

Pemain-pemain negara meraikan kejayaan muncul pemenang pingat emas acara bola baling AUG 2024.

Iklan

Ditanya mengenai kejayaan merangkul pingat emas di luar jangkaan dengan status bukan pilihan Mohd Khairul berkata:

Anak buah Khairul Hafidzin sebelum itu meraih pingat emas AUG 2024 selepas menjinakkan Singapura 28-26 di Gelanggang Olahraga Rakyat (GOR) Pertamina Institut Teknologi Sepuluh (ITS) Nopember, Surabaya pada Ahad.

Iklan

Kejayaan itu juga lebih menyaksikan skuad negara merupakan muncul pemenang pingat emas pertama acara yang mula dipertandingkan pada edisi 2024 di Surabaya Malang.

Perlawanan berlangsung sengit menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 12-12 sebelum skuad negara ketinggalan 15-12.

Kedua-dua pasukan saling berbalas gol sehingga terikat 19-19 dan pingat emas kian berada dalam genggaman Malaysia apabila mendahului 22-19 ketika saingan berbaki dua minit.

Bagaimanapun Singapura tidak mengalah berjaya mengheret perlawanan ke masa tambahan apabila mengikat kedudukan kepada 22-22.

Perlawanan yang berlarutan hingga masa tambahan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 25-25 sebelum Malaysia berjaya menoktahkan kemenangan 28-26.

Sebagai rekod, saingan liga sepusingan sebelum ini Malaysia memulakan kempen dengan seri 25-25 menentang Singapura, diikuti kemenangan tipis 29-28 ke atas Indonesia.