Dua beradik didakwa rasuah polis

Iklan
Choy Shun dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh semalam atas pertuduhan memberi suapan kepada seorang pegawai polis. Gambar kanan: Chee Wei (tengah) keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh semalam.

MELAKA TENGAH - Dua beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini semalam terhadap pertuduhan cuba memberi rasuah sejumlah RM4,500 kepada polis.

Wong Chee Wei, 42, dan kakaknya, Wong Choy Shun, 43, didakwa memberi rasuah wang tunai kepada seorang pegawai polis, Inspektor SS Thyagaraj ketika berada di sebuah bilik di Balai Polis Melaka Tengah Jalan Banda Kaba di sini kira-kira jam 4 petang pada 23 Julai 2019.

Iklan
Iklan

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh sebagai dorongan kepada pegawai polis itu supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas kesalahan memiliki peralatan polis tanpa kebenaran.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwan Shah Abdul Samat dan tertuduh diwakili peguam, Vinson Tay.

Iklan
Iklan

Sebutan kes ditetapkan pada 26 Februari depan.