[VIDEO] MP Machang terima surat layang, dedah dalang jual saham MAHB kepada BlackRock

Iklan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Machang mendakwa seorang individu berpangkat tinggi dalam sebuah syarikat milik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjadi dalang penjualan saham entiti itu kepada syarikat BlackRock Inc (BalckRock).

Iklan
Iklan

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, perkara tersebut diketahuinya menerusi sepucuk surat layang diterima baru-baru ini, yang turut mendakwa penjualan saham itu digerakkan individu berkenaan.

"Saya mendapat satu surat layang daripada orang dalam KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang cuba menjelaskan kepada rakyat Malaysia, siapa dalang selain Khazanah dan KWSP yang benar-benar 'push the deal' berkenaan MAHB.

Iklan

"Difahamkan nama yang disebut dalam surat layang itu, ada dalam Linkin, beliau terlibat dalam penjualan saham MAHB kepada BlackRock.

Iklan
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

"Individu ini difahamkan dalam surat layang yang diberikan, mempunyai karektor pembuli dan ramai pekerja KWSP tidak berani bersuara dan minta kami pembangkang bersuara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanajaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi tahun 2021 dan 2022 di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Sebagai rekod, Sinar Harian bagaimanapun tidak menamakan individu yang didakwa oleh Ahli Parlimen Machang itu atas alasan undang-undang.

Dalam pada itu Wan Ahmad Fayhsal turut menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menggerakkan satu siasatan mengenai dakwaan berkenaan.

"Tolong siasat dalang penjualan saham MAHB dalam Khazahan dan KWSP, saya memanggil PAC untuk panggil mereka semua untuk terangkan kepada kami kenapa jual saham MAHB kepada BlackRock dan GIP," ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan, usul tergempar yang dibawa Wan Ahmad Fayhsal untuk menggesa penangguhan atau pembatalan penjualan sebahagian saham MAHB kepada BlackRock ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Beliau mengemukakan usul berkenaan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) & 18(2) sebagai usul tergempar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!