Kadar fi cetak Sijil Pemilikan Kenderaan kini RM20

Iklan
Anthony Loke. Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kadar fi untuk mencetak Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) di Semenanjung akan diturunkan dari RM50 kepada RM20 berkuatkuasa hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bayaran VOC di Sabah RM25 juga akan diturunkan kepada RM20 manakala kadar fi RM5 di Sarawak dikekalkan.

Iklan
Iklan

"Penyelarasan ini bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan kadar fi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar berkaitan status pelaksanaan permit kemasukan kenderaan motor asing ke Malaysia (VEP), penurunan kadar fi bagi mencetak sijil pemilikan kenderaan (VOC) dan tempoh pemeriksaan berkala kenderaan institut memandu di Kementerian Pengangkutan di sini pada Isnin.

Iklan

Sementara itu, Anthony berkata, kekerapan pemeriksaan berkala untuk kenderaan sekolah memandu akan turunkan dari setiap enam bulan kepada setahun bagi kenderaan yang berumur 10 tahun dari tarikh pendaftaran.

"Bagi kenderaan atas 10 tahun, pemeriksaan adalah setiap enam bulan," ujar beliau.

Iklan

Menurutnya, pengecualian pemeriksaan berkala juga akan diberikan kepada kenderaan baharu sekolah memandu yang berumur tidak lebih tiga tahun.

"Dasar ini menggalakkan sekolah memandu menyediakan kenderaan lebih baharu untuk digunakan oleh calon," katanya.

Pada perkembangan berbeza, Anthony berkata, sejumlah 23,649 permohonan pendaftaran permit kemasukan kenderaan motor asing (VEP) telah diterima antara 28 Mei sehingga 29 Jun.

"Jumlah ini melebihi permohonan keseluruhan bagi tahun lalu iaitu 15,424," katanya.

Bagi tempoh sama, beliau berkata, 6210 tag VEP telah dikeluarkan kepada pemohon manakala 1,080 tag telah diaktifkan.

"Penerima diingatkan untuk mengaktifkan tag tersebut dengan memuatnaik gambar nombor pendaftaran kenderaan bersama tag yang telah dilekatkan di https://vepams.jpj.gov.my.

"Tag VEP tidak sah sekiranya tidak diaktifkan," jelas beliau.