Pasar Payang 1 yang sepatutnya beroperasi hari ini ditangguhkan kepada 15 Julai depan.
Ia memandangkan kebanyakan lot kedai masih dalam proses ubah suai dan penambahbaikan.
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu cawangan Kuala Terengganu, Zakaria Yusof berkata, sebelum beroperasi para peniaga perlu melakukan banyak proses pengubahsuaian seperti membuat pendawaian, rak barangan, meja pameran dan sebagainya untuk keperluan perniagaan. Foto Bernama