KPM, KPT saring pelajar cemerlang 10A

Iklan
KPM akan bekerjasama dengan Kementerian KPT bagi menyaring jumlah pelajar cemerlang 10A yang telah membuat permohonan ke program matrikulasi KPM atau program-program melalui UPUOnline. Gambar hiasan Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyaring jumlah pelajar cemerlang 10A yang telah membuat permohonan ke program matrikulasi KPM atau program-program melalui UPUOnline.

Menerusi kenyataan pada Isnin, KPM memaklumkan langkah itu bagi membolehkan pelajar yang tidak ditawarkan tempat dapat diselaras semula tawaran berdasarkan kepada pilihan program pelajar.

Iklan
Iklan

"Tawaran tempat dan jurusan adalah bergantung kepada kelayakan calon dan kekosongan Program Matrikulasi KPM manakala KPT akan fokus kepada kemasukan program-program asasi dan diploma di universiti awam," katanya pada Isnin.

Ujar KPM, ketetapan itu dibuat bagi memastikan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan daripada keluarga B40 mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian.

Iklan

Pada masa sama, sistem kuota bumiputera sedia ada bagi Program Matrikulasi KPM kekal dan tidak terjejas.

"Kerajaan komited memastikan akses pendidikan dapat dipertingkatkan demi manfaat semua pelajar yang merupakan aset masa hadapan negara," jelas kementerian itu.

Iklan

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan semua pelajar lepasan SPM yang berjaya memperoleh 10A dan ke atas bakal diberikan ruang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi.

Ia bertujuan memastikan semua pelajar cemerlang tanpa mengira kaum diberi peluang sama adil dalam mendapat pendidikan lebih tinggi tanpa menjejaskan kuota bumiputera.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!