UNSC bincang pembinaan semula Gaza dalam sesi khas
Iklan
UNSC akan mengadakan sesi khas pada Selasa bagi menangani situasi kemanusiaan di Gaza dengan memberi tumpuan kepada usaha pembinaan semula di wilayah itu. - Foto: UN
NEW YORK - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan sesi khas pada Selasa bagi menangani situasi kemanusiaan di Gaza, dengan tumpuan kepada usaha pembinaan semula di wilayah itu.
Penyelaras Kanan PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Pembinaan Semula untuk Gaza, Sigrid Kaag dijadual memberi taklimat kepada anggota UNSC, lapor Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA).