Filipina rekod 205 kematian akibat denggi hingga Jun
Iklan
MANILA - Filipina merekodkan 205 kematian akibat denggi dari 1 Jan hingga 15 Jun tahun ini, menurut Jabatan Kesihatan (DOH) negara itu pada Isnin, lapor Xinhua.
Sepanjang tempoh itu, sebanyak 77,867 kes denggi direkodkan di seluruh negara, menyaksikan peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.