Jom sertai program wanita bersama al-Quran di UTM

Iklan
Program Women’s Journey to the Qur’an julung kali diadakan di Malaysia untuk membuka peluang lebih ramai wanita menerokai inti pati al-Quran sebagai panduan kehidupan.

SHAH ALAM - Golongan pencinta al-Quran wanita dialu-alukan untuk menimba ilmu bersama penceramah antarabangsa, Maryam Amir dari California pada program Women’s Journey to the Qur’an di Dewan Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur dari jam 8 hingga 10 malam, Selasa.

Program anjuran Mercy Mission, Light Upon Light dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) itu diadakan buat julung kali di negara ini untuk membuka peluang lebih ramai wanita menerokai inti pati al-Quran sebagai panduan kehidupan.

Iklan
Iklan

Maryam yang juga Pengasas Aplikasi Qariah berkata, beliau mengajak seramai mungkin golongan wanita di negara ini untuk menyertai program berkenaan.

Maryam

Menurutnya, seramai empat qariah jemputan iaitu Rahmas Abdullah dan Nor Farhatul Fairuzah Panut dari Malaysia; Atiqah Suhaimi dari Singapura dan Maria Ulfah dari Indonesia akan bersama memberi pengisian yang bermanfaat dalam sesi selama dua jam tersebut.

Iklan

Kata beliau, tema utama bagi Women’s Journey with the Qu’ran adalah menerokai kekuatan, kedalaman dan keperluan suara wanita dalam ruang al-Quran seterusnya membantu wanita untuk memahami peranan berinteraktif bersama al-Quran.

"Kami akan merangkumkan beberapa ayat al-Quran yang telah disalah fahami pengertiannya berkaitan dengan wanita dan bagaimana peranan mereka sebenarnya dalam masyarakat.

Iklan

"Setiap peringkat kehidupan kita mempunyai kemanisan yang berbeza dalam hubungan dengan al-Quran. Namun masih belum terlambat untuk memulakan perjalanan seumur hidup dengan al-Quran,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Justeru, Maryam berkata, peserta diharap dapat memberi komitmen untuk membaca terjemahan al-Quran setiap hari dan meningkatkan kefahaman bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran agar hubungan dengan kalam ALLAH SWT semakin mendalam.

Katanya, orang ramai yang berminat untuk menyertai program Women’s Journey With The Qur’an boleh mendaftar di pautan https://bit.ly/MaryamKL.

Mengenai Aplikasi Qariah pula, Maryam menjelaskan, lebih 60 qariah dari seluruh dunia berkongsi bacaan al-Quran menerusi aplikasi itu.

Jelasnya, ia termasuk qariah dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Morocco, Algeria, Nigeria, Filipina, Gambia, Palestin, Somalia, Kanada dan Amerika Syarikat.

"Antara objektif saya menghasilkan Aplikasi Qariah untuk memudahkan orang ramai mengakses bacaan al-Quran yang dibimbing oleh barisan qariah bertaraf dunia dan berwibawa.

"Saya tertarik dengan budaya al-Quran di Malaysia dan beberapa negara lain di mana wanita diiktiraf sebagai qariah al-Quran professional,” ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!