JKM cari waris bayi ditinggalkan bersama duit RM100

Iklan
Waris Ayden dicari bagi urusan dokumen dan penempatan.

PETALING JAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta ibu kandung atau waris kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di ‘Baby Hatch’ sebuah hospital swasta di Damansara 1 Januari lalu tampil bagi urusan dokumen dan penempatan.

JKM menerusi satu kenyataan memaklumkan bayi berkenaan ditemui kira-kira jam 7.15 malam bersama beberapa barang keperluan termasuk susu tepung, pakaian, lampin pakai buang serta wang tunai RM100.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, sampul berisi wang tunai yang ditemui tertera pesanan ditulis dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘please name him Ayden, he’s chinesse boy, God Bless! (Tolong namakan dia Ayden, dia seorang anak Cina, Tuhan merahmati!).

"Individu yang meninggalkan bayi dianggarkan berusia sebulan itu turut meminta mereka yang menemui kanak-kanak tersebut memberikan susu seterusnya pada jam 9 malam.

Iklan

"Bayi tersebut kemudian dirujuk ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling memandangkan tiada dokumen kelahiran dilampirkan bersama,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, bayi lelaki tersebut kini ditempatkan sementara oleh penjaga yang dilantik Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya selama tempoh sebulan.

Iklan

"Mereka yang mengenali waris kanak-kanak diminta menghubungi Pegawai Pelindung di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling di talian 0378422584/0378422587 dengan kadar segera,” menurut kenyataan itu lagi.