JKM cari ibu, waris kanak-kanak perempuan

Iklan
Mariam atau Dalisha dipercayai ditinggalkan ibunya bukan warganegara dikenali sebagai Karlina.

KUALA SELANGOR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor mengesan ibu atau waris kanak-kanak yang ditinggalkan kepada sepasang suami isteri sejak dua tahun lalu.

Pelindung Kanak-Kanak JKM Kuala Selangor, Intan Shafika Shaidan berkata, kanak-kanak perempuan itu, Mariam atau Dalisha yang tidak diketahui umurnya dipercayai ditinggalkan ibunya bukan warganegara dikenali sebagai Karlina.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kanak-kanak itu telah dirujuk kepada beliau pada 11 Jun lalu.

"Pihak Jabatan memerlukan maklumat berhubung ibu kandung kanak-kanak bagi membolehkan Pelindung Kanak-Kanak melengkapkan siasatan dan penempatan kanak-kanak dapat dilakukan dengan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Intan Shafika memberitahu, kanak-kanak itu telah ditempatkan dalam jagaan sementara orang yang layak dan sesuai di bawah peruntukan Seksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001 bermula Isnin sehingga 25 September depan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung ibu kandung kanak-kanak boleh disalurkan ke Bahagian Kanak-Kanak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Selangor di talian 03-32891495.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!