Tiga lelaki ditahan lindungi 58 PATI

Iklan
Gambar hiasan

KOTA TINGGI - Seorang penyelia dan dua penjaga kilang barangan kitar semula ditahan kerana disyaki melindungi 58 pendatang tanpa izin (PATI) yang bekerja di premis itu menerusi Op Sepadu di Bandar Tenggara di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kesemua warga asing terdiri daripada 53 lelaki dan lima wanita berusia lingkungan 18 hingga 53 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan pada 3.30 pagi itu mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah untuk berada di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Penyelia kilang berusia 40-an pula ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pada 10.30 malam tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hussin ketiga-tiga lelaki tempatan itu direman hingga Khamis untuk siasatan mengikut Seksyen 55E, Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan

Beliau berkata Jabatan Alam Sekitar turut membuka siasatan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan 5 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, dan Aktiviti 14(b)(ii) Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Alam Sekeliling) 2015. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan