PRK Sungai Bakap: 102 permit diluluskan, satu kertas siasatan dibuka

Iklan
Polis membuka satu kertas siasatan berhubung kerosakan bahan kempen pilihanraya sepanjang hari kesepuluh berkempen bagi PRK Sungai Bakap. Gambar kecil: Hamzah

GEORGE TOWM - Polis Pulau Pinang telah meluluskan 21 permit pada hari kesepuluh tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menjadikan jumlah keseluruhan adalah 102 permit.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kesemua permit telah diluluskan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, satu laporan diterima dan satu kertas siasatan telah dibuka sepanjang tempoh berkempen berkenaan.

"Tempoh berkempen berbaki lima hari lagi sebelum menjelang hari mengundi pada 6 Julai ini.

Iklan

"Justeru, semua pihak dinasihatkan tidak menimbulkan provokasi kepada mana-mana pihak semasa berkempen, termasuk khianat atau merosakkan bahan-bahan kempen pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Hamzah turut menasihatkan kepada pihak yang berkempen supaya memastikan kawasan kempen seperti tapak ceramah dan tempat perjumpaan bersih selepas digunakan dan mengelakkan daripada merosakkan harta awam.

Iklan

"Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana parti politik atau individu yang melanggar undang-undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa," jelasnya lagi.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.