Sanggup sembunyi atas siling elak ditahan

Iklan
PATI sanggup menyembunyikan diri di atas siling yang sempit dalam premis semata-mata bagi mengelakkan diri ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS).

SEREMBAN - Demi menyelamatkan diri, ada pendatang tanpa izin (PATI) sanggup mengambil risiko dengan menyorok di ruang siling sempit bagi mengelakkan diri daripada ditahan pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Bukan setakat itu sahaja, ada dalam kalangan mereka nekad bergelut dengan penguat kuasa supaya dapat meloloskan diri dalam serbuan.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS), Kennith Tan Ai Kiang berkata, seramai 315 individu diperiksa sepanjang operasi membabitkan 34 premis bermula dari 28 hingga 30 Jun lalu di sekitar Kuala Pilah.

Iklan

"Daripada jumlah yang diperiksa ini, seramai 142 orang PATI telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Mereka yang ditahan ini berumur antara 21 hingga 54 tahun merupakan 26 warga Myanmar, enam Pakistan, 71 Indonesia, 32 Bangladesh, lima Kemboja dan dua warga India dan 02 lelaki warga India," katanya pada Isnin.

Iklan
Antara individu yang diperiksa JIMNS.

Semasa operasi dijalankan beliau berkata, terdapat juga cubaan warga asing melarikan diri kerana ketakutan apabila ternampak pasukan imigresen melakukan serbuan di kawasan operasi.

"Ada antara mereka yang bertindak nekad bersembunyi di atas siling bagi mengelak daripada dicekup. Selain itu juga, berlaku pergelutan antara warga asing dengan pihak imigresen di salah sebuah premis tetapi berjaya diberkas sebelum dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut.

"Sebanyak 19 borang saman saksi juga dikeluarkan kepada majikan atau penjaga premis untuk hadir ke JIMNS bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, JIMNS berterima kasih kepada orang ramai yang telah membantu JIMNS dengan menyalurkan maklumat berhubung keberadaan Pati.

"Kami mengalu-alukan sebarang maklumat sedemikian dan menjamin kerahsiaan pemberi maklumat. JIMNS juga ingin mengingatkan majikan supaya tidak menggaji atau melindungi Pati dan tindakan tegas boleh diambil jika berbuat demikian," katanya.