Tanah runtuh di Jawa Timur ragut dua nyawa, seorang hilang

Iklan
Gambar hiasan 123RF

JAKARTA - Kejadian tanah runtuh di Blitar, Jawa Timur, pada petang Ahad telah menyebabkan dua orang maut, seorang hilang dan seorang cedera parah, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).

Kejadian berlaku di Kampung Bumirejo, daerah Kesamben, disebabkan keadaan tanah yang tidak stabil pada ketinggian 20 meter, menyebabkan tanah runtuh sedalam lima meter.

Iklan
Iklan

Jurucakap BNPB Abdul Muhairi dalam satu kenyataan menyatakan bahawa mangsa termasuk pekerja ladang ayam dan pemilik ladang ayam itu.

"Mangsa yang hilang masih belum ditemukan dan proses pencarian masih dijalankan oleh Badan Pengurusan Bencana Daerah Blitar," katanya.

Iklan

Dua jentera berat digunakan untuk kerja-kerja pencarian dan membersihkan sisa runtuhan tanah di lokasi terjejas. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan