Jalan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini
Iklan
Izham (empat dari kanan) merasmikan pembukaan Jalan Batang Kali-Genting Highland, hari ini. - Foto: Bernama
BATANG KALI - Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang ditutup lebih setahun susulan kejadian tanah runtuh pada 16 Dis 2022 yang mengorbankan 31 nyawa, dibuka semula kepada pengguna jalan raya bermula 3 petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, sebelum ini laluan itu hanya dibenarkan kepada pekerja di kawasan Genting Highlands namun kini dibuka untuk semua pengguna selepas kerja-kerja pembaikan cerun dengan kos kira-kira RM19 juta siap pada 15 Jun lepas.