Jangan terpedaya akaun media sosial palsu Tengku Hassanal

Iklan
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan kewujudan akaun media sosial palsu yang menggunakan nama serta gambar Tengku Mahkota Pahang.

KUANTAN - Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan kewujudan akaun media sosial palsu yang menggunakan nama serta gambar Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan Tengku Mahkota Pahang hanya mempunyai satu akaun media sosial rasmi iaitu di platform Instagram dengan menggunakan nama @this.7.