Kotak, Ifan Seventeen, Ello temui peminat di Kuala Lumpur 24 Ogos ini

Iklan
Gambar dari kiri: Ello, Ifan Seventeen, Kotak

PEMINAT muzik negara seberang di Malaysia berpeluang menyaksikan persembahan mantap beberapa artis dari negara tersebut, iaitu Kotak, Ifan Seventeen dan Marcello Tahitoe yang bakal tampil pada Indonesian Music Festival, 24 Ogos depan.

Penganjur konsert UnUsUaL Entertainment dalam satu kenyataan hari ini berkata, konsert akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, bermula jam 7 malam.

Iklan
Iklan

"Kotak merupakan sebuah kumpulan muzik rock Indonesia yang ditubuhkan pada 27 September 2004. Kumpulan ini popular dengan lagu Pelan-Pelan Saja, Masih Cinta, Tendangan Dari Langit dan Aku Yang Tersakiti, selain pernah memenangi Anugerah Muzik Indonesia ke-12 untuk Kategori Solo/Duo/Kumpulan Rock Terbaik,” demikian menurut kenyataan itu.

Ifan Seventeen pula popular dengan lagu seperti Cinta Jangan Disembunyikan, Akujira, Menunggu Kamu, Jaga Selalu Hatimu, Sumpah Ku Mencintaimu dan Hal Terindah.

Iklan

Marcello Tahitoe atau dikenali sebagai Ello, adalah vokalis baharu kumpulan Dewa 19, dan popular dengan lagu Gak Kayak Mantanmu, Kisah Kita T'lah Usai, Benci Tapi Rindu, Takkan Ada Aku Lagi dan Sorry Abis.

Peminat boleh menempah tiket yang dijual pada harga RM488 (VIP), RM388 (CAT 1), RM338 (CAT 2), RM288 (CAT 3) dan RM188 (CAT 4) bermula hari ini dan mendapatkan maklumat lanjut di media sosial penganjur. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!