KUALA LUMPUR - Malaysia tidak meratifikasi Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT) kerana ia boleh menyebabkan pindaan kepada akta sedia ada di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, konvensyen itu menghendaki undang-undang negara tidak mempunyai eleman yang menyebabkan kesakitan teruk.
"Kalau kita tandatangan UNCAT, maknanya akta sedia ada kita kena pinda dan (terpaksa lakukan) banyak perkara lain,” katanya pada sesi penggulungan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 2021 dan 2022 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, ketika ini, negara jiran seperti Singapura dan Brunei juga tidak menandatangani konvensyen itu.
Saifuddin Nasution juga berkata, tiga pusingan rundingan berkaitan perkongsian data sudah diadakan dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dan proses itu masih berjalan sebagai usaha mengharmonikan beberapa aspek.
Beliau berkata, satu daripada rundingan itu berlangsung di New York pada September 2023 serta dua lagi di Kuala Lumpur manakala semua parameter perbincangan kerjasama perkongsian data sudah disampaikan kepada UNHCR dan sebagai maklum balas, badan dunia itu mahu pegawai Malaysia melalui proses latihan mengenai hak asasi manusia.
"Di pihak kita juga melihat perlu ada modifikasi, acuan yang mengikut perspektif kita. Jadi kita sedang harmonikan perkara ini,” katanya.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin pula berkata, kerajaan memberi jaminan sebarang keputusan untuk menyertai atau meratifikasi instrumen antarabangsa berkaitan hak asasi manusia tidak akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang sivil, syariah dan adat yang terpakai di Malaysia.
"Saya ingin tegaskan tentang kepentingan dan keperluan kerajaan mengambil langkah-langkah sewajarnya sebelum meraktifikasi sebarang triti hak asasi manusia,” katanya semasa menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suhakam 2021 dan 2022 bagi Kementerian Luar.
Suhakam dalam laporan itu menggesa kerajaan agar mempertimbang penarikan balik reservasi serta meratifikasi Protokol Pilihan yang terkandung dalam Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).
Persidangan bersambung esok. - Bernama