Malaysia perlu ada anjakan strategi sektor pelancongan - PM
Iklan
Anwar (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 5 Tahun 2024 pada Isnin. - Foto: FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan anjakan kepada sasaran, strategi dan inisiatif bagi sektor pelancongan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata sehubungan itu, kerangka, insentif dan pembangunan infrastruktur yang dibangunkan oleh kerajaan penting untuk disahut dengan pelaburan sektor swasta sebagai pemain utama dalam merencana produk pelancongan serta penyediaan sumber tenaga berkualiti.