9 pejalan kaki maut, 4 cedera dirempuh kereta di Seoul

Iklan
Sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki dipercayai berusia dalam lingkungan 60-an merempuh pejalan kaki yang sedang menunggu di lampu isyarat. - Foto: Agensi

SEOUL - Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan empat lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di pusat bandar Seoul pada Isnin, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan polis.

Pada mulanya, tujuh individu yang cedera telah dibawa ke hospital, tiga daripadanya mengalami serangan jantung. Mereka kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.

Iklan
Iklan

Kemalangan itu berlaku di persimpangan berhampiran Dewan Bandaraya Seoul pada kira-kira jam 9:27 malam, menurut polis.

Sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 60-an merempuh pejalan kaki yang sedang menunggu di lampu isyarat.

Iklan

Polis berkata kenderaan itu dipandu ke arah yang salah, bertembung dengan dua kenderaan sebelum melanggar orang ramai.

Pemandu terlibat telah ditahan di tempat kejadian. Dia mendakwa bahawa keretanya tiba-tiba memecut.

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Isnin mengarahkan pegawai untuk melakukan usaha terbaik bagi menyelamatkan mangsa dan merawat mereka susulan kemalangan maut itu di pusat bandar Seoul.

Yoon mengeluarkan arahan itu kepada Menteri Dalam Negeri, Lee Sang, sementara polis sedang menyiasat keadaan sebenar kemalangan itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!