'Pelajar matrikulasi wajib fasih berbahasa Melayu'

Iklan
Tangkap layar kenyataan FB Akmal Saleh pada Isnin

SHAH ALAM - Pelajar yang diterima masuk ke matrikulasi perlu diwajibkan fasih berbahasa Melayu.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, itu merupakan salah satu syarat susulan cadangan Perdana Menteri untuk memberi ruang kepada pelajar 10A memasuki program matrikulasi tanpa mengira kaum.

Iklan
Iklan

"Pastikan mereka semua wajib fasih berbahasa Melayu. Kita juga bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri dengan syarat berapa ramai tambahan diberikan kepada pelajar dari bukan bumiputera jumlah yang sama juga perlu diberikan kepada pelajar bumiputera.

"Jika tambahan kepada jumlah kuota yang sedia ada adalah 1,000 maka jumlah yang sama juga ditambah kepada kuota bumiputera yang sedia ada," katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Iklan

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan semua pelajar yang mendapat keputusan 10A dan ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dijamin tempat dalam program matrikulasi tanpa mengira latar belakang mereka.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan