Isu pelajar 10A: Jangan berlebihan

Iklan
Semua pelajar lepasan SPM yang berjaya memperoleh keputusan 10A dan ke atas diberi ruang memasuki program matrikulasi tanpa mengira kaum. Gambar hiasan

PENGUMUMAN yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengenai ruang buat semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya memperoleh keputusan 10A dan ke atas memasuki program matrikulasi tanpa mengira kaum mengundang pelbagai reaksi dan perdebatan banyak pihak.

Malah ada yang mula menyentuh isu perkauman walhal sudah diperjelaskan oleh Perdana Menteri kuota bumiputera dan Melayu masih lagi kekal.

Iklan
Iklan

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153 serta jaminan masa depan Bumiputera Melayu agar tidak berlaku kesenjangan.

"Tiap kali kerana kita ada kuota bumiputera, kadang-kadang dijadikan isu keterlaluan, di satu pihak nak menafikan hak minoriti, satu pihak lagi mahu pertikai prinsip Perlembagaan dan jaminan kepada bumiputera terutama secara nisbi dalam kedudukan lebih rendah kerana kemudahan di desa dan miskin bandar," katanya.

Iklan

Ramai yang mula risau peluang anak Melayu untuk sambung belajar ke program persediaan prauniversiti itu tipis kerana terpaksa bersaing dengan bangsa lain sedangkan Perdana Menteri hanya memberikan jaminan yang sememangnya sudah bertahun dilaksanakan.

"Ramai risau bila Perdana Menteri umum semua lepasan SPM dengan 10A layak masuk matrikulasi tanpa kira kaum, sedangkan beliau hanya memberikan jaminan yang sememangnya dilaksanakan sejak dulu lagi, bahkan kuota Bumiputera untuk masuk ke pusat-pisat matrikulasi tetap kekal terjamin.

Iklan

"Yang patut dirisaukan lebih 280,000 yang gagal SPM atau hanya lulus tanpa kredit. Mereka ini yang tercicir dan tidak layak masuk matrikulasi. Itu tidak termasuk 10,160 yang tidak hadir SPM walaupun telah berdaftar dan lebih 30,000 secara purata setahun yang tidak mendaftar," jelasnya.

Sebenarnya tiada apa yang berubah memandangkan semua orang sedia maklum kelayakan matrikulasi adalah wajib cemerlang dalam SPM.

Bagaimanapun, jangan sampai kuota itu melebihi hak orang Melayu dan Bumiputera, selagi ia dijaga dan tidak berlebihan rasanya tiada masalah perkara tersebut diteruskan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!