Kerajaan disaran kurangkan subsidi RON95 berperingkat

Iklan
Pakar ekonomi menyarankan kerajaan supaya melaksanakan pengurangan subsidi petrol RON95 secara berperingkat dan bukannya drastik.

SHAH ALAM - Pakar ekonomi menyarankan kerajaan supaya melaksanakan pengurangan subsidi petrol RON95 secara berperingkat dan bukannya drastik.

Pro Naib Canselor Universiti Kolej Icats Kuching, Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, pengurangan subsidi RON95 secara drastik bukan sahaja membebankan rakyat malah memberikan kesan negatif kepada ekonomi negara.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, pengurangan itu wajar ditangguhkan sementara waktu sehingga sentimen dan keadaan kembali normal susulan kejutan penarikan subsidi diesel secara drastik.

Sementara itu, pakar ekonomi dan kewangan dari UniKL Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpendapat, penstrukturan semula pembahagian subsidi adalah langkah penting untuk memperbaiki kewangan negara iaitu dalam usaha mengurangkan hutang kerajaan dan defisit perbelanjaan tahunan negara.

Iklan

Jelas beliau, data yang diberikan oleh rakyat melalui sistem Pangkalan Data Utama (PADU) seharusnya boleh memberikan cadangan jumlah yang sesuai mengikut pendapatan bersih setiap isi rumah dan bukan hanya secara purata seperti diesel.

"Di sinilah kebijaksanaan kerajaan diperlukan untuk memberikan bantuan yang tepat demi kebajikan rakyat,” katanya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!