Jimat kos elektrik hingga 50 peratus
Iklan
SHAH ALAM - Sudah tiba masanya sektor perindustrian di negara ini mengambil langkah serius dengan melabur dalam penggunaan tenaga solar yang mampu menjimatkan kos elektrik yang signifikan dalam jangka masa panjang, seterusnya sebagai langkah mengawal peningkatan harga barangan.
Pengarah Institut Penyelidikan Solar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Ir Dr Nofri Yenita Dahlan berkata, setelah kos pemasangan sistem solar diambil kira, industri boleh menikmati bil elektrik lebih rendah atau hampir sifar, yang seterusnya mengurangkan kos operasi secara menyeluruh.