Speaker bebas buat keputusan sendiri
Iklan
SHAH ALAM - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San tidak terikat dengan keputusan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan kerusi DUN Nenggiri perlu dikosongan serta-merta mulai 19 Jun lalu.
Peguam, Haniff Khatri Abdulla menjelaskan, ini kerana Johari dan Weng San mempunyai hak dan kuasa budi bicara mutlak menentukan sama ada enam ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu mengosongkan kerusi masing-masing atau sebaliknya.