Greece diancam kebakaran hutan terburuk dalam sejarah

Iklan
Anggota bomba memantau kebakaran hutan yang merebak sehingga Keratea, berhampiran Athens.

ATHENS - Pasukan bomba kini bertungkus-lumus memadamkan siri kebakaran hutan berhampiran Athens ketika ibu negara itu sedang bersiap sedia berdepan cuaca panas melampau.

Greece berdepan musim kebakaran yang teruk selepas musim sejuk dan kemudian musim panas dalam tempoh awal dengan suhu mencecah sehingga 44 darjah Celsius.

Iklan
Iklan

"Dua kebakaran paling bahaya tercetus di kawasan perumahan dan merebak dengan pantas akibat angin kencang di Attica, manakala dua lagi di Keratea dan Stamana berjaya dipadamkan,” kata Menteri Krisis dan Perlindungan Awam, Vasilis Kikilias.

Tambahnya, pasukan bomba akan kekal di kawasan bencana sehingga api dipadamkan sepenuhnya.

Iklan
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang sukar dikawal akibat angin kencang berterusan sehingga 70 kilometer sejam di Keratea.

Sejak tengah hari Ahad, pihak berkuasa telah menggesa pemindahan sekurang-kurangnya lapan kawasan dekat ibu negara Athens akibat kebakaran yang kini telah memusnahkan rumah dan kenderaan penduduk sekitar.

Menurut polis, lelaki berkenaan ditemukan tidak sedarkan diri di pekarangan sebuah rumah di Rodopoli dan disahkan meninggal dunia di hospital.

Iklan

"Minggu yang sukar perlu dihadapi anggota bomba semasa musim kebakaran pada tahun ini.

"Keadaan bertambah buruk kerana angin kencang yang bertiup berterusan dan sehingga kini keadaan belum reda,” kata jurucakap bomba, Vasilis Vathrakogiannis semasa memberikan taklimat kecemasan.

Bagaimanapun, beliau berkata, pangkalan tentera udara berhampiran kawasan bencana tidak terjejas akibat kebakaran tersebut.

Sebuah helikopter Chinook menyembur air di kawasan kem tentera udara di Keratea.

Sementara itu, jurucakap bomba menyatakan kelajuan angin di Keratea telah melebihi 60 kilometer sejam (km/j), manakala di Stamata melebihi 70 km/j.

Kebakaran turut berlaku di zon perindustrian di Ritsona berhampiran pulau Evia.

Asap hitam memenuhi ruang udara Ritsona selepas kebakaran yang bermula di kilang kitar semula.

Pada masa sama, anggota bomba sedang mengekang api daripada merebak di luar kilang kitar semula dan premis lain.

Difahamkan juga, kebakaran sedang menghampiri pusat pelarian dan Agensi Berita Athens melaporkan keadaan tidak membahayakan.

Sementara itu, Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis menerusi ciapan di Facebook turut menggesa orang ramai bersiap sedia berdepan musim kebakaran hutan. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!