Sophia Albarakbah mahu sangat berlakon watak lasak

Iklan
Sophia berharap dapat diberi watak berbeza.

SIAPA sangka di sebalik sikapnya yang lemah lembut, pelakon jelita, Sophia Albarakbah impikan watak wanita lasak.

Katanya, dia ingin mencuba sesuatu yang baharu dan menguji kemampuannya sebagai pelakon serba boleh selepas sering membawakan watak wanita lemah lembut.

Iklan
Iklan

"Saya mahu sangat berlakon watak lasak dengan aksi yang berat dan watak epik. Watak-watak ini saya belum cuba lagi dan kalau diberi peluang pasti saya akan buat yang terbaik,” kata artis cantik itu ketika menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia, terbitan Bernama TV baru-baru ini.

Pemenang Aktres Filem Popular Anugerah Bintang Popular ke-35 itu berkata, dia juga bersedia mengambil risiko melakonkan babak aksi.

Iklan

"Saya tidak nafikan watak aksi mempunyai risiko tetapi jika saya sudah sahut (cabaran itu), saya mahu buat yang terbaik. Walaupun mencabar, ia akan jadi pengalaman yang menyeronokkan.

"Ketika itu saya berada setinggi rumah kampung,” kata pelakon berdarah campuran Arab, Melayu dan Cina itu semasa berkongsi pengalaman berlakon dalam filem terbaharunya.

Iklan

Sophia yang mula dikenali selepas membawa watak Cahaya Malaika dalam drama bertajuk Suamiku Lelaki Pendosa, berkongsi harapan untuk merangkul anugerah pelakon wanita terbaik pada suatu hari nanti.

Filem Saka Perawan arahan Dr Ahmad Idham itu ditayangkan di pawagam di seluruh negara bermula 27 Jun lalu.

Selain Sophia, filem tersebut turut dibintangi Azlee Senario, Yassin Senario, Datuk Fauziah Nawi, Isyariana, Nelissa Nidzam, Afieq Shazwan, Datuk Seri Eizlan Yusof, Wilma Muhammad, Man Raja Lawak, Atu Zero, Mamak Puteh, Anne Abdullah dan Zalif Sidek.

Saka Perawan mengisahkan tentang misteri di sebalik penyakit dihadapi seorang nenek berusia 80 tahun dan telah membuatkan anak-anaknya menjadi bingung.

Setiap kali selepas Maghrib, keadaan nenek akan merosot dan nazak tetapi sebaik sahaja mencapai jam 5 pagi, keadaannya kembali normal dan hanya terbaring di katil. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!