PSG sedia beli Yamal lebih RM1 bilion

Iklan
Yamal (kiri) ketika ini berada di Jerman mewakili Sepanyol dalam saingan Euro 2024. Foto AFP

PARIS Saint-Germain (PSG) dilaporkan sedia berbelanja besar untuk melamar pemain Barcelona berusia 16 tahun, Lamine Yamal untuk musim baharu ini.

Kelab tersebut akan membuat tawaran £211 juta (RM1.26 bilion) untuk pemain itu yang kini berada di Jerman bagi mewakili negaranya Sepanyol di Euro 2024, lapor The Mirror.

Iklan
Iklan

PSG tujuh tahun lalu membayar Barcelona £200 juta (RM1.19 bilion) untuk mendapatkan khidmat Neymar pada Ogos 2017.

Yamal dilabel antara prospek terbesar dalam bola sepak dan mempunyai ramai peminat.

Iklan

"Presiden Barcelona, Joan Laporta pada Mac lalu mendedahkan kelab itu menolak tawaran £169 juta (RM1 bilion) untuk Yamal daripada kelab yang tidak dinamakan.

"Namun spekulasi kelab itu ialah PSG dan Mundo Deportivo sedia meningkatkan tawaran untuk Yamal kepada £211 juta.

Iklan

"Ia sekali gus menjadi rekod baharu dunia mengatasi £198 juta (RM1.1 bilion) yang dibayar kepada Barcelona untuk mendapatkan Neymar pada 2017," lapor The Mirror.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!