Penunggang motosikal maut digilis treler

Iklan
Seorang pekerja kilang maut digilis lori treler selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 161.4 Lebuh raya Utara Selatan (arah selatan) dekat Bandar Casia, Pulau Pinang, pada petang Isnin.

NIBONG TEBAL - Seorang pekerja kilang maut digilis lori treler selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 161.4 Lebuh raya Utara Selatan (arah selatan) dekat Bandar Casia, Pulau Pinang, pada petang Isnin.

Dalam kejadian kira- kira jam 6.45 petang itu, mangsa, Amirruddin Ghazali, 38, berasal dari Kampung Lubuk Kawah, Jitra, Kedah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tubuh.

Iklan
Iklan

Menurut sumber polis, laporan kemalangan diterima pada jam 7 malam. Hasil siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal Yamaha YZF-R25 dipercayai cuba memotong sebuah treler namun bergesel dengan sebuah lagi lori lain di laluan sama.

Mangsa yang gagal memotong terbabas, lalu digilis treler yang cuba dipotongnya itu.

Iklan

"Mangsa maut di lokasi kejadian manakala pemandu treler berusia 53 tahun tidak mengalami kecederaan," kata sumber itu.

Siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku di jalan lurus, kering serta keadaan cuaca juga baik.

Iklan

"Kawasan kemalangan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), justeru pihak polis meminta saksi awam yang melihat kejadian berkenaan untuk tampil memberi maklumat berhubung kemalangan tersebut," kata sumber itu lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) AKta Pengangkutan Jalan (APJ ) 1987. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!