Maqis gagalkan cubaan seludup ikan hidup ke Singapura

Iklan
Ikan merah yang cuba diseludup ke Singapura.

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan membawa keluar ikan kerapu, ikan merah dan ikan jenahak tanpa permit ke Singapura pada Isnin.

Maqis dalam kenyataannya memaklumkan, lori membawa kotak berisi ikan hidup itu ditahan ketika pemeriksaan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah pada jam 3.49 pagi.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai penguatkuasa Maqis telah menemukan enam kilogram ikan kerapu, enam kilogram ikan merah dan empat kilogram ikan jenahak di dalam satu tong bernilai RM745.

"Tong ikan yang disorok di celah tong-tong lain itu cuba dibawa keluar tanpa permit eksport Maqis di laluan lori eksport.

Iklan

"Pemeriksaan lanjut mendapati ikan hidup tersebut cuba dibawa keluar tanpa sebarang pengikraran yang betul dan telah ditahan untuk tindakan lanjut," katanya.

Ikan kerapu yang cuba diseludup ke Singapura.

Sebarang perbuatan mengeksport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit eksport yang sah daripada Maqis merupakan kesalahan di bawah Seksyen 11(2) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama.

Iklan

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.