Pemain badminton China meninggal dunia akibat serangan jantung

Iklan
Zhi Jie

PEMAIN badminton remaja China, Zhang Zhi Jie disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia pada Ahad.

Insiden malang itu berlaku ketika pertemuan antara China menentang Jepun dalam aksi Kumpulan D di GOR Among Raga.

Iklan
Iklan

"Laporan perubatan menunjukkan mangsa mengalami serangan jantung," kata jurucakap Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Broto Happy ketika sidang media di Yogyakarta.

Ketika kejadian pemain berusia 17 tahun yang menentang Kazuma Kawano, rebah dalam keadaan tertiarap di gelanggang.

Iklan

Pasukan perubatan kejohanan kemudiannya memberikan bantuan kecemasan sebelum pemain itu dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun, Zhi Jie disahkan meninggal dunia pada jam 11.20 malam Ahad waktu tempatan.

Iklan

Jurucakap itu turut mempertahankan tindakan pasukan perubatan dan penganjur selepas rakaman video menunjukkan mereka teragak-agak untuk memberikan bantuan kecemasan sejurus pemain itu rebah.

"Pasukan perubatan perlu menunggu kebenaran daripada pengadil sebelum boleh memasuki gelanggang," katanya.

Zhi Jie mula bermain badminton sejak tadika dan menyertai skuad remaja China pada tahun lepas.

Dia bermula cemerlang apabila berjaya menjuarai Kejohanan Remaja Antarabangsa Belanda, pertandingan berprestij bagi peringkat remaja awal musim ini.

Dalam pada itu, Persatuan Badminton China (CBA) sangat berdukacita di atas kehilangan pemain berbakat seperti Zhi Jie.

"Zhi Jie sangat meminati badminton dan adalah pemain terbaik dalam skuad remaja kebangsaan (China)," kata CBA dalam satu kenyataan.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) turut menzahirkan rasa sedih di atas kehilangan bakat badminton yang semakin meningkat naik itu.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan sepasukannya, CBA dan seluruh komuniti badminton China," katanya dalam satu kenyataan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!