Keputusan kekebalan Trump menetapkan duluan berbahaya, tiada had ke atas presiden - Biden

Iklan
Mahkamah Agung memutuskan Trump dilindungi kekebalan daripada pendakwaan atas tuduhan subversif pilihan raya kerana ia berkaitan dengan tindakan rasmi sebagai presiden. Foto AFP

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, keputusan Mahkamah Agung AS mengenai kekebalan bekas Presiden Donald Trump menetapkan duluan berbahaya yang tidak meletakkan had kepada tindakan Presiden AS.

"Keputusan hari ini hampir pasti bermakna hampir tiada had terhadap apa yang boleh dilakukan oleh presiden, ini adalah prinsip asas baharu dan ia adalah duluan berbahaya," kata Biden pada sidang media pada Isnin, lapor Sputnik.

Iklan
Iklan
Mahkamah Agung memutuskan Trump dilindungi kekebalan daripada pendakwaan atas tuduhan subversif pilihan raya kerana ia berkaitan dengan tindakan rasmi sebagai presiden. Foto AFP

"Duluan berbahaya kerana kuasa jawatan tidak lagi dikekang oleh undang-undang."

Terdahulu, Mahkamah Agung memutuskan Trump dilindungi kekebalan daripada pendakwaan atas tuduhan subversif pilihan raya kerana ia berkaitan dengan tindakan rasmi sebagai presiden, walaupun beliau masih boleh berdepan pendakwaan atas tindakan tidak rasmi. - Bernama-Sputnik

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan