'Abang anak yang baik, tak pernah susahkan sesiapa'

Iklan
Paparan Facebook Umi tular di laman sosial.

KLANG -"Dia seorang anak yang baik, tidak pernah menyusahkan sesiapa," demikian luahan isi hati adik kepada Allahyarham Muhammad Zulfakkar Borhan yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh pemandu mabuk semalam.

Umi Nabilah memberitahu, arwah merupakan abang yang sangat bertanggungjawab dan terlalu rapat dengannya.

Iklan
Iklan

Pemergian secara mengejut itu membuatkan keluarganya reda dan berharap orang ramai mendoakan Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman.

"Buat yang mengenali abang saya, Muhammad Zulfakkar Borhan, abang saya telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 7 pagi tadi (semalam) akibat dilanggar oleh pemandu mabuk yang memandu 4x4.

Iklan

"Dia seorang anak yang baik, tidak pernah menyusahkan sesiapa. Sekiranya arwah ada berhutang dengan sesiapa, boleh hubungi saya. Rehat ye Paka. Jumpa lagi." katanya.

Kisah itu mendapat perhatian netizen selepas Umi memuat naik hantaran di Facebook miliknya.

Iklan

Netizen yang mengetahui berita sedih itu membanjiri ruang komen Facebook Umi dengan menzahirkan ucapan takziah di atas kehilangan abang tersayang.

Pemergian arwah diratapi kenalan, netizen yang turut menyatakan kesedihan mereka dan berharap si pelaku dapat menerima balasan setimpal.

"Sekarang ini memandu kenderaan dalam keadaan mabuk menjadi-jadi patut kenakan undang-undang lebih keras," kata Mohamed.

Kata Ayyub,"Semoga keluarga arwah bersabar doa yang baik untuk arwah dan ditempatkan orang-orang beriman."

Sehingga kini posting tersebut meraih lebih 14,000 komen, 20,000 tanda suka dan 6,400 perkongsian dari netizen.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah trak pikap jenis Ford Ranger dalam kejadian di Jalan Kebun dari arah Bulatan Jalan Kebun menghala ke jejambat KESAS di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, saringan awal kandungan alkohol dalam darah melalui ujian pernafasan menunjukkan di tahap kawalan yang dibenarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

ARTIKEL BERKAITAN: Penunggang motosikal maut dirempuh Ford Ranger