Kerajaan peruntuk RM58.1 bilion jumlah keseluruhan subsidi

Iklan
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga kerja Kementerian Kewangan pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM58.1 bilion jumlah keseluruhan subsidi pada tahun 2024 dalam usaha membantu rakyat khususnya golongan rentan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian peruntukan tersebut mengikut sektor termasuk kepenggunaan, sara hidup, pendidikan, biasiswa pinjaman, sektor pertanian, faedah dan lain-lain.

Iklan
Iklan

Ujarnya, dapatan angka itu diterima oleh beliau setelah meminta Kementerian Kewangan mengumpulkan jumlah peruntukan berkenaan.

"Umpamanya kita tahu dalam Sumbangan Tunai Rahmah (STR) saya sudah sebut ini kalau 2022 ketimbang 2024, peningkatan itu berbilion. Sekarang ini sudah sampai RM10 bilion daripada jumlah RM2,000 hingga RM3,700.

Iklan

"Ini harus difahami kerana kadang-kadang orang menganggap bahawa penyasaran subsidi ini tidak memberi faedah kepada rakyat.

"Umpamanya Skim Subsidi Harga Padi (SSHP), kita naikkan. Harga lantai belian padi, kita naikkan mendadak dari 2021,2022 dan sehingga 2024,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Iklan

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang bertanyakan sejauh mana agenda reformasi subsidi bakal memberi kesan kepada kelangsungan kehidupan rakyat di negara ini.

Menurut Anwar, antara langkah kerajaan membantu rakyat dalam mendepani kos sara hidup yang dihadapi seluruh dunia ketika ini ialah dengan menambah subsidi.

"Jadi kita tarik subsidi daripada yang tidak berhak mendapat termasuk orang asing kita beri subsidi tambahan kepada rakyat.

"Bantuan kerana memikirkan ada kesan di kalangan rakyat, itulah sebabnya kenapa kadar sara dinaikan ke RM1,200, bantuan awal persekolahan untuk semua murid dari keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah diberi peruntukan RM800 juta yang mendapat faedah sebanyak RM5 juta.

"Maknanya kerajaan terima kenyataan bahawa memang ada masalah, kalau tidak ada masalah mengapa hendak ditambah subsidi kepada rakyat, ini cara kita cuba kurangkan beban rakyat,” ujarnya.