DBKL terus gempur warga asing di Pasar Borong KL

Iklan
Tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing diteruskan DBKL di Pasar Borong Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing diteruskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Pasar Borong Kuala Lumpur menerusi Tindakan Khas di pasar borong berkenaan pada Selasa.

Sebanyak sembilan tindakan sita peralatan barangan perniagaan dikendalikan warga asing dilakukan melalui Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan sita terhadap peniaga warga asing terbabit diambil di bawah UUK 3(1), Undang-undang Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

"DBKL juga turut melaksanakan satu tindakan pindah halangan di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974," menurut DBKL di laman Facebook PBT itu pada Selasa.

Iklan
DBKL juga akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

Selain itu, DBKL turut mengeluarkan dua notis tawaran kompaun di bawah UUK 3(1), Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 bagi kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah dan tiga notis penguatkuasaan di bawah Seksyen 46(1)(a), Akta Jalan, Parit dan bangunan 1974 bagi kesalahan mendirikan struktur tanpa kebenaran.

"Kesemua barangan yang disita dan dipindah halangan telah dibawa ke Stor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi," kata kenyataan itu.

Iklan

DBKL menambah, pihak berkuasa tempatan itu juga akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.