[VIDEO] Pakai kimono buat kuih bulan, tambat hati pelanggan

Iklan

MEMAKAI persalinan tradisional Jepun, kimono ketika menghasilkan kuih bulan.

Itu strategi yang digunakan Abdul Rahman Shahroni, 35, ketika menjual manisan tradisional kaum Cina secara dalam talian untuk menarik pelanggan.

Iklan
Iklan

Abdul Rahman atau lebih mesra dengan panggilan Aman berkata, kelainan yang ditonjolkan nyata membuahkan hasil apabila dianggarkan 5,000 kuih bulan berjaya dijual pada tahun lepas.

Aman menunjukkan kuih bulan yang semakin mendapat permintaan daripada pelanggan terutama masyarakat Melayu.

Katanya, perayaan kuih bulan disambut pada akhir Ogos hingga akhir September mengikut kalendar Cina memberi peluang rezeki sejak lima tahun lalu.

Iklan

"Saya dan isteri Nur Diyana Azman, 34, penggemar kuih bulan. Kami akan mencari kuih bulan di kedai-kedai bakeri di pusat beli belah.

"Dari situ, kami mendapat idea untuk membuat sendiri kuih bulan. Kami buat keputusan untuk sertai kelas membuat kuih bulan. Banyak kami pelajari tentang teknik dan bahan pembuatan kuih bulan yang halal," katanya.

Aman memakai kimono menghasilkan kuih bulan di bakeri di Pontian.

Iklan

Aman memberitahu kuih bulan kini tidak asing dalam kalangan kaum Melayu kerana ia dibuat dengan bahan yang halal.

"Selain kuih bulan yang dibakar, saya turut membuat 'snow skin mooncake' yang hanya perlu disejukkan. Pelbagai inti kuih bulan antaranya kacang merah, kacang putih, pandan, biji teratai, kuaci putih, kuaci hijau, telur asin, buah kering campuran, kekacang dan durian.

"Namun kuih bulan hanya dibuat pada akhir Jun sehingga September. Paling banyak ditempah ialah kacang merah dan telur kuning masin," ujarnya.

Dibantu isteri dan dua orang pekerja, kuih bulan yang dihasilkan di bakeri di Jalan Bakek Medan Koop itu, turut dijual di pasar tani dan Pontian Night Market.

Mengenai pakaian kimono yang dikenakan, Aman menjelaskan dia selesa dan tiada masalah menggayakan pakaian tersebut kerana hanya digayakan pada waktu tertentu.

Keenakkan kuih bulan menarik minat pelbagai masyarakat untuk merasainya.

"Kuih bulan semakin mendapat sambutan dan digemari masyarakat pelbagai kaum.

Keenakan kuih bulan ini dapat membuktikan ia juga mampu menyatupadukan kepelbagaian kaum di negara ini.

"Namun saya perlu memikirkan cara yang kreatif untuk mempromosikan perniagaan.

Saya seronok dapat mencipta kelainan dapat memasarkan kuih bulan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!