Tujuh mengaku salah tawar pinjaman wang tanpa lesen

Iklan
Tujuh termasuk seorang gadis mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin.

MELAKA - Tujuh ahli kumpulan along masing-masing didenda RM2,000 dan RM2,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas pertuduhan menjalankan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen.

Majistret Kharunnisak Hasani mengenakan denda itu selepas kesemua tertuduh, Gabriel Ng Jia Rong, 29; Lai Kok Peng, 48; Chong Kok Wei, 22; Mah Chung Ming, 18; Pang Xuan Yi, 18; Celine Tan Yan Yi, 18, dan Tan Wui Hong, 52, membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh didapati telah menjadi pihak kepada suatu pakatan jahat jenayah untuk melakukan kesalahan iaitu memberi pinjaman wang tanpa lesen.

Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 12.40 tengah hari di sebuah rumah bernombor, Parkland Residence, Jalan Tun Perak, di sini, pada 25 Jun lalu.

Iklan

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (Akta 400) yang dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda maksimum RM20,000 atau keduanya.

Mengikut fakta, mereka ditahan Unit Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dalam serbuan Op Vulture di sebuah kondominium mewah pada 25 Jun lalu.

Iklan

Hasil risikan dan siasatan yang dilakukan mendapati kumpulan itu mula aktif sejak enam bulan lalu dengan menyasarkan peminjam dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Perkhidmatan tersebut diiklankan di laman sosial Facebook dengan tawaran pinjaman bermula RM500 sehingga RM5,000 selain mengenakan kadar 'bunga' tinggi antara 10 sehingga 20 peratus seminggu.

Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar memohon hukuman setimpal dikenakan kerana kesemua tertuduh bersubahat kerana merupakan along yang tidak berdaftar.

Kesemua tertuduh yang diwakili Peguam Umar Zulkarnain merayu hukuman denda minimum dengan alasan anak guamnya telah insaf dan merupakan kesalahan kali pertama selain mereka hanya memperoleh berpendapatan antara RM1,500 dan RM2,000 sebulan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap Chung Min, Xuan Yi dan Yan Yi manakala Jia Rong, Kok Peng, Kok Wei dan Wui Hong didenda RM2,500 atau tiga bulan penjara jika kesemua tertuduh gagal membayar denda.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!