KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin di Istana Negara pada Selasa.
Menerusi perkongsian dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda dipersembahkan mengenai pelaksanaan Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Pada sesi mengadap itu, Seri Paduka Baginda dipersembahkan mengenai pelaksanaan Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar