Layang-layang gergasi hiasi langit di Dataran Jambatan Angkat

Iklan
Suasana layang-layang yang diterbangkan di langit di Dataran Jambatan Angkat.

KUALA NERUS - Pelbagai bentuk wau serta layang-layang yang menarik menghiasi ruangan udara sempena Pameran Layang-Layang Gergasi Antarabangsa Kuala Terengganu 2024 di Dataran Jambatan Angkat dekat sini pada Selasa.

Pegawai Tugas-tugas Khas Persatuan Penggiat dan Pemain Wau Negeri Terengganu, Zulkifli Abd Rani berkata, seramai 35 peserta dari pelbagai negara termasuk Indonesia, China, Austria, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Sweden menyertai pameran tersebut yang diadakan selama dua hari bermula Isnin lepas.

Iklan
Iklan
Pameran Layang-Layang Gergasi Antarabangsa Kuala Terengganu 2024 di Dataran Jambatan Angkat.

Menurutnya, lebih 50 layang-layang gergasi pelbagai bentuk dan warna diterbangkan bagi memeriahkan kembali tradisi wau dan layang-layang di Terengganu.

"Kita ambil peluang untuk adakan pameran layang-layang gergasi ini dengan mengambil kira Dataran Jambatan Angkat itu dilihat sebagai tapak yang sesuai untuk aktiviti tersebut selain menawarkan nilai pelancongan yang lebih baik.

Iklan

"Berdasarkan kefahaman saya, pameran atau pertandingan sebesar ini sudah lebih 10 tahun tidak diadakan. Jadi menerusi usaha dijalankan ini secara tidak lamgsung mampu membantu menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu selain berhasrat mengadakan semula pertandingan hingga ke peringkat antarabangsa," katanya.

Pelbagai bentuk layang-layang yang menarik menghiasi ruangan udara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Dataran Jambatan Angkat di sini.

Iklan

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, pameran yang diadakan sehingga jam 9 malam nanti turut memberi pemandangan yang mempesonakan kepada pengunjung.

Katanya, ini kerana pengunjung akan disajikan wau serta layang-layang yang dihiasi kerlipan cahaya sebagai keunikan yang diketengahkan dalam pesta tersebut.

Sementara itu, wakil Komunitas Pencinta Layang-layang Nusantara, Talikama Lianawati Lea berkata, Terengganu memiliki potensi baik dalam menarik kedatangan pengunjung yang ramai susulan pemandangan indah di sekitar Jambatan Angkat tersebut.

Pelbagai bentuk layang-layang yang menarik menghiasi ruangan udara.

"Ini kali pertama saya ke Terengganu dan ia merupakan sebuah negeri yang indah serta memiliki pantai cantik dan bersih.

"Sebelum ini saya sering menerbangkan layang-layang di Kelantan, Sarawak dan Johor. Sambutan kepada festival ini menunjukkan ia bagus untuk pelancongan setempat kerana mengetengahkan keunikan budaya dan warisan sesuatu bangsa dan negara itu," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!