PM tegur Saifuddin pakai baju batik hari Selasa

Iklan
Anwar yang juga Menteri Kewangan dan Saifuddin hadir pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang berpakaian batik pada hari Selasa di Dewan Rakyat mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar bertindak menegur Saifuddin dan memintanya supaya mematuhi peraturan berhubung etika berpakaian ketika hadir pada sidang Dewan Rakyat.

Iklan
Iklan

"Saya setuju dengan Hulu Terengganu," katanya ketika sesi waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sebelum itu, Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) membangkitkan tentang etika berpakaian sebelum mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri.

Iklan

"Sebelum nak tanya soalan, saya nak tanya etika berpakaian di Parlimen ini, batik boleh pakai hari apa? Sebab saya nampak Menteri KDN pakai batik hari ini, minta maaf menteri," soalnya.

Pada 11 Oktober 2021, Dewan Rakyat telah meluluskan cadangan membenarkan ahli Parlimen memakai baju batik lengan panjang pada setiap Khamis ketika tempoh persidangan.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!