Polis Kelantan kesan tiga lelaki bantu kes tipu pembelian tanah

Iklan
Tiga individu termasuk adik beradik yang dicari pihak polis bagi membantu siasatan kes penipuan pembelian satu lot tanah seluas 0.53 hektar bernilai RM320,000 oleh seorang pengusaha batik di Guntong, Kota Bharu tahun lalu.

MACHANG - Polis Kelantan sedang mengesan tiga lelaki termasuk dua beradik bagi membantu siasatan kes penipuan pembelian satu lot tanah seluas 0.53 hektar bernilai RM320,000 oleh seorang pengusaha batik di Guntong, Kota Bharu tahun lalu.

Mereka yang dicari ialah Mohamed Zahiduddin Mohamed, 43, Lukman Nurhakim Perma Suria, 36, dan adiknya, Mohamad Shukkram, 28.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata, ketiga-tiga mereka diperlukan bagi membantu siasatan bersabit laporan melibatkan pengadu yang juga seorang wanita berusia 53 tahun itu.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan mereka ini diperlukan sebagai saksi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Kontinjen Kelantan 2024 di Kompleks Perpaduan Jajahan Machang dekat sini pada Selasa.

Iklan

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, sekitar Januari 2023, pengusaha batik berkenaan membuat urusan pembelian lot tanah di Mukim Guntong bagi pihak suaminya yang berusia 65 tahun dengan membuat pembayaran secara tunai sebanyak RM320,000 kepada penjual juga seorang lelaki berusia 35 tahun di sebuah bank di Kubang Kerian.

Muhamad Zaki (kanan) beramah mesra dengan komuniti yang hadir di Majlis Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Kontinjen Kelantan 2024.

Beliau berkata, pembayaran terbabit disaksikan suami pengadu dan seorang wanita bagi pihak penjual.

Iklan

"Selepas pembayaran itu, penama lelaki yang berusia 34 tahun menyerahkan satu geran asal hartanah terbabit berserta satu salinan Borang 14A dan surat akuan sumpah yang ditandatanganinya.

"Pada 3 Ogos 2023, pengadu ke Pejabat Tanah Kota Bharu bagi pindah milik kepada suaminya namum dimaklumkan tanah terbabit sudah pun dipindah milik kepada orang lain,” kata.

Justeru, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Siti Muslihah Mohamed di talian 010-9012988.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!