Geng K-Boy aktif kes pecah rumah, curi kenderaan mewah tumpas

Iklan
Dua wanita antara tujuh individu diberkas pada 25 Jun hingga 30 Jun lalu dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan mewah sekitar Kepong baru-baru ini. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Dua wanita antara tujuh individu diberkas pada 25 Jun hingga 30 Jun lalu dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan mewah sekitar Kepong baru-baru ini.

Kumpulan dikenali sebagai geng K-Boy terbabit dipercayai menyasarkan rumah yang mempunyai kenderaan mewah dan tidak berpenghuni sebelum dipecah masuk.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sebelum ini menerima laporan berkaitan kejadian pecah rumah dan kecurian kenderaan di sebuah rumah pada 24 Jun lalu.

"Individu terbabit mendakwa menerima panggilan daripada majikannya memaklumkan bahawa rumah sewa di Taman Kepong telah dipecah masuk.

Hussein

Iklan

"Individu berkenaan kemudiannya membuat pemeriksaan di rumah sewa majikannya itu dan mendapati rumah dalam keadaan berselerak selain tiga kenderaan jenis Porsche, Audi dan Suzuki Swift telah tiada," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Selasa.

Iklan

Katanya, operasi dan risikan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak kemudiannya berjaya mengesan suspek terlibat dalam kes ini.

"Seramai lima lelaki dan dua wanita berumur lingkungan 31 hingga 54 tahun diberkas menerusi operasi dijalankan bermula 25 Jun sehingga 30 Jun lalu.

"Kesemua individu warga tempatan ini ditangkap di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Perak bagi membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, dengan tertangkapnya kesemua suspek, pihaknya turut berjaya membuat rampasan melibatkan kenderaan dilarikan dan pelbagai hasil kegiatan pecah rumah dijalankan.

"Selain tiga kenderaan dilarikan suspek, polis turut merampas sebuah lagi kenderaan jenis Volkswagen dipercayai digunakan ketika melakukan kegiatan jenayah.

"Turut dirampas adalah tujuh telefon bimbit, dua bilah parang, beg badminton, mesin muka dan pelbagai barangan dan peralatan lain," katanya.

Tambahnya, semakan lanjut mendapati kesemua suspek memiliki rekod jenayah lampau dan dadah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!