Tukang masak antara dua individu diberkas disyaki edar dadah

Iklan
Hussein

SHAH ALAM - Seorang tukang masak antara dua individu yang diberkas dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah bernilai lebih RM120,000 dalam serbuan berasingan sekitar Selangor pada Sabtu dan Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun di kawasan tempat letak kereta Hentian Sungai Buloh.

Iklan
Iklan

"Operasi dijalankan kira-kira jam 4.30 pagi pada Isnin itu dijalankan sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Menurutnya, saringan awal dijalankan mendapati suspek yang merupakan tukang masak itu positif dadah jenis THC.

Iklan

Sebelum itu, Hussein berkata, pada Jumaat seorang lelaki tempatan ditahan kira-kira jam 4.45 petang di kawasan tempat letak kenderaan di Jalan Sulaiman Ampang dan pemeriksaan kemudiannya mendapati terdapat satu beg berisi 10 bungkusan plastik lutsinar mengandungi dadah jenis heroin.

"Kesemua dadah seberat 4.5 kilogram bernilai RM43,200 itu ditemui disimpan dalam sebuah kereta.

Iklan

"Semakan terhadap suspek berumur 48 tahun itu mendapati suspek memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek terlibat dalam dua tangkapan ini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!